




Product details of Dia Bintang Hatiku
KHALIF dan Natasha mahu dijodohkan oleh keluarga... Masing-masing
menolak dan tanpa ‘sengaja’ mereka berpakat mengenakan Nadra. Lain
jangkaan Khalif, lain pula jadinya.
RESAHNYA Nadra dalam perkahwinan yang cuba dielak ini. Ada
sejarahnya bersama keluarga mentuanya. Dia bukan menantu pilihan.
Bukan kerana adiknya, Natasha yang jadi pilihan Puan Lisda tetapi
kerana sejarah silamnya. Dia tahu itu...
“Boleh apanya?” Nadra soal Puan Lisda.
“Khalif dengan Tengku Maliana.”
Khalif pula yang tersedak. Cepat-cepat Nadra hulur air kepada
suaminya. Hebat betul dia lihat pemikiran ibu mentuanya
ini.
Ada ke ibu mentua yang macam ni selain ibu mentua
aku?
“Tengku Maliana tu lebih sesuai jadi menantu ibu.”
Terkebil-kebil Khalif pandang ibunya, kemudian dia pandang Nadra.
Tangannya mencari tangan Nadra tetapi Nadra pula kutil pinggang
Khalif.
“Ouch!”
Nadra senyum pandang Khalif yang menjerit kecil. “Hmm, kalau ibu
tak kisah abah kahwin lain. Nad pun sama macam ibulah juga, kita
sama-sama dapat payung emas,” jawab Nadra selamba. Bukan niat
menyindir, tapi itulah jawapannya. Sarkastik!
Mahu tersembur air di dalam mulut Khalif bila dengar kata-kata
Nadra. Nadra melawan sindiran ibunya?
MENANGANI ibu mentua begitu, tambah lagi memikir motif Khalif
mengahwininya... Khalif penipu. Dia juga tahu itu walaupun yang
lain tidak tahu! Mulut Khalif cabul, mentang-mentang menantu
kesayangan Haji Hasyim!
“Macam mana nak tidur kalau abang asyik menyoal, tangan tu menjalar
sana sini. Kalau nak sangat sapu ubat, hah sapu ajelah seluruh
badan. Semua sakit!” jawab Nadra geram. Langsung tak terfikir
jawapannya lagi buat Khalif nak gelak nakal. Semakin melebar
senyuman di bibir Khalif.
“Seluruh badan? Boleh, boleh, boleh... Abang lagi suka.” Selamba
ucap Khalif dalam gelak suka hati.
Seketika, baru Nadra tersedar dengan kata-katanya sendiri. Haish,
tersalah cakaplah pulak... Nadra mengomel pada diri
sendiri.
“Okey, okey, abang tak tanya dah. Tidurlah, abang nak sapu sikit je
kat kaki ni.”
“"Dah, dah... Tak payah.” Nadra yakin, kalau mula-mula tangan
Khalif di betisnya, nanti merayap ke paha pula. Dia tolak tangan
Khalif di betisnya.
“Okey, good night, sweet dreams!” ucap Khalif, mengalah. Sempat
juga cium dahi Nadra sebelum menyimpan semula bekas
ubat.
Ternganga Nadra dengan perlakuan bersahaja Khalif. Dia sudah tidak
tahu nak buat apa lagi untuk menunjukkan kemarahannya sebab Khalif
buat tidak faham!
KHALIF yang buat dia diheret Haji Hasyim. Khalif juga yang buat
badan-badannya lebam dibelasah Haji Hasyim tetapi Khalif juga yang
dihadap tiap-tiap hari! Belum lagi munculnya kedatangan Ashraf dan
Tengku Maliana. Apa agaknya strategi Nadra menghadapi semua
insan-insan ini...
Specifications of Dia Bintang Hatiku
- 1 x item
SKU | OE702MEAAEVU0AANMY-30872121 |
ISBN/ISSN | 2147483647 |
Model | Dia Bintang Hatiku |
Warranty type | No Warranty |
Official delivery unit
Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.
Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns
buku cari kata meningkatkan kreativiti minda / word search book FREE HIGHLIGHTER Malaysia
SKU: 39555
SKU: 39450
SKU: 39449
SKU: 39241
Tag:
Tag: