Search
Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, lengkap 3 Jilid (Edisi Terkini) Malaysia

Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, lengkap 3 Jilid (Edisi Terkini) Malaysia

Status: In stock
RM 165.00
Payment on delivery
Van chuyen don gianSimple shipping
San pham chat luong High quality products
Ban hang toan quoc Nationwide sales
Thanh toan khi nhan hang Simple shipping

  • Ensiklopedi lengkap tentang solat.
  • Menghimpun pelbagai cakupan perbahasan solat.
  • Adab-adab, syarat, thaharah, tata cara, dan sunnah-sunnah.
  • Wajib dimiliki dan difahami oleh setiap muslim.
  • Perbahasan ilmiyah lengkap dengan dalil-dalil dan huraian.
  • Lengkap dalam 3 Jilid lengkap, hard cover.

Hendaklah kita sentiasa beringat dan tidak alpa terhadap kewajiban yang diwajibkan atas kita semua selaku seorang Muslim, iaitu menunaikan solat dan melaksanakannya dalam keadaan yang sesempurna mungkin. Ini kerana solat adalah tiang agama yang membezakan antara iman dan kekafiran. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

 

Ensiklopedi-Shalat-001.jpg

“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

 

“Sesungguhnya (batas) antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekafiran adalah meninggalkan solat.” (Shahih Muslim, no. 82)

 

Dalam hadis yag lain, Rasulullah bersabda:

 

“Perjanjian antara kita dengan mereka adalah solat. Sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah kafir.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2621. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

 

Kemudian ketauhilah bahawa amal perbuatan yang berhubung dengan hak-hak Allah yang pertama sekali akan dihisab adalah solat berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

 

“Sesungguhnya yang paling awal akan dihisab dari amalan para hamba di hari Kiamat adalah solatnya, jika baik solatnya maka akan baiklah seluruh amalnya. Jika buruk solatnya maka dia telah gagal dan rugi. Apabila kurang sempurna dari solat yang difardhukan, maka Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

 

“Lihatlah adakah hamba-Ku ini memiliki tathowwu’ (solat-solat sunnah) bagi menyempurnakan apa yang kurang  dari yang difardhukan, kemudian barulah dihisab amal-amalnya yang lain.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 413. Sunan An-Nasaa’i, no. 465)

 

Maka apabila kita dapat memahami hadis-hadis ini dengan baik, seharusnya kita tidak memandang enteng atau remeh sekitar amalan solat ini. Bahkan seharusnya lebih giat lagi memperbaiki amal-amal solat tersebut secara khusus, dan amal-amal lain juga secara umum.

 

Dan tidaklah dapat memperbaiki hal ini serta menambahkan kecintaan kita terhadap solat, melainkan dengan cara mempelajarinya dengan benar. Menekuni rukun-rukunnya, syarat-syaratnya, tatacaranya yang benar, sunnah-sunnahnya, adab-adabnya, dan hal-hal lain yang mengiringinya seperti dilaksanakan secara berjama’ah, dilaksanakan di masjid, dilaksanakan dengan penuh kekhusyu’kan, diikuti pula dengan solat-solat sunnahnya.

 

Jadi, marilah kita perbaiki solat-solat kita dengan sungguh-sungguh di atas ilmu dan landasan sumber yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Semoga kita semua beroleh manfaat dan keberuntungan.

 

Ensiklopedi-Shalat-002.jpg

Maka, set buku ini atau dinamakan sebagai Ensiklopedia lengkap ini, ia menghimpun dan membahaskan perkara-perkara penting fokus pada fiqh ibadah solat, baik dari syarat-syarat dan rukun-rukunnya, sunnah-sunnah, tata caranya, dan yang berkaitan dengannya dari awal hingga akhir.

 

Ia membahaskan pelbagai persoalan fiqh solat bermula dari fiqh Thaharah (bersuci), tayammum, mandi, wudhu’, solat fardhu (rukun, syarat, sunnah-sunnahnya, dll), adzan dan tata caranya, waktu-waktu solat dan dalil-dalilnya, solat jamak, qashar solat, solat ketika musafir, solat ketika sakit, solat ketika peperangan, pelbagai solat-solat sunnah, pengurusan jenazah, keutamaan solat, keutamaan saf-saf solat, keutamaan berjama’ah, fadhilat-fadhilat solat, keutamaan solat di masjid, adab-adab masjid, tatacara solat yang sahih, sehinggalah kepada solat-solat sunat dan pelbagai permasalahannya yang lain fokus pada fiqh solat.

 

Persoalan imamah (ke-imaman), tata cara solat berjama’ah, tata cara mengurus saf-saf solat, kepelbagaian solat-solat sunnah, dan seumpamanya di dalam solat juga turut dibahaskan dengan begitu baik dan terperinci. Turut disertakan, perbahasan berkaitan pengurusan jenazah dan perkara yang berkaitan dengannya. Termasuklah dalam hal tatacara, waktu, masalah, kaedah, dan segala bentuk kepelbagaian dalam persoalan solat.

 

Setiap perbahasan dalam buku ini dibahagikan berdasarkan urutan bab-bab yang sistematik bagi membantu para pembaca mudah melakukan rujukan, semakkan, dan carian. Setiap bab dan perbahasan dikuatkan dengan dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Dibantu pula dengan pendapat para imam 4 mazhab dan fatwa-fatwa ulama kontemporari. Methode ini sekaligus menjadikan buku ini sebagai ensiklopedia yang bernilai tinggi bagi setiap umat Islam dalam persoalan ritual solat. Amat tepat-lah jika ia dijadikan sebagai rujukan wajib di setiap rumah-rumah, perpustakaan, masjid-masjid, atau pusat-pusat pengajian.

 

Selamat memiliki dan membuat ulangkaji seraya mengambil manfaat demi ibadah solat yang lebih sempurna.

 

Semoga dengan ilmu yang benar dan penelitian terhadap dalil-dalil Al-Qur’an serta hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, kelak kita pun dapat merealisasikan pesan Nabi dalam salah satu potongan hadisnya yang mulia di mana kata beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

 

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku solat.” (Shahih Al-Bukhari, no. 631)

 

Ensiklopedi-Shalat-003.jpg

Specifications of Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, lengkap 3 Jilid (Edisi Terkini)

  • Brand
    Buku agama Islam
  • SKU
    346083551_MY-485561356
  • Publisher
    Pustaka Imam Asy-Syafi'i
  • Warranty Type
    No Warranty
  • isbn_issn
    9789793536721
  • Language
    Malay,Indonesian,Arabic
  • Model
    Kategori Fiqh Solat
What’s in the box
1 set lengkap x Ensiklopedi Solat Menurut Al-Quran dan As-Sunnah, lengkap 3 Jilid (Edisi Terkini)


Official delivery unit


Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.

Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns

Evaluate
Average rating
0
0 nhận xét
5 star
23 Very pleased
4 star
8 Satisfied
3 star
4 Normal
2 star
0 Below average
1 star
0 Disappointed

Tag:

Tag:

Back to top