




Product details of Gps Cinta
Bunga tak kembang mekar tanpa cahaya,
Taufiq takkan lengkap tanpa Hidayah-nya…
Amylia dan Khairil Azree bahagia dan punya anak kembar. BFF masing-masing pula masih bujang trang tang-tang. Hidup sunyi tidak berteman. Sepakatlah suami dan isteri mahu menjayakan misi bantuan jodoh antara Taufiq dan Hidayah sehingga duduk bersanding di atas pelamin.
Malangnya hati Taufiq tidak terbuka menerima ‘salam perkenalan’ Hidayah yang dibawakan oleh Amylia dan Khairil Azree. Apabila kena ‘reject’ mentah-mentah, Hidayah jadi ‘tak hingin’dengan Taufiq. Mereka ‘berperang’ tanpa mengenali paras rupa dan peribadi masing-masing.
Misi bantuan jodoh menemui jalan sukar. Taufiq impikan gadis Latino yang jelita. Hidayah pula tinggi standard piawaiannya dalam mencari teman hidup. Bukan calang-calang lelaki dapat menawan hatinya.
Dalam diam, penolakan Taufiq terhadap Hidayah rupa-rupanya ada ‘udang di sebalik batu’. Taufiq tidak mahu kahwin dengan perempuan lain kerana dalam hatinya sudah beraja seorang wanita istimewa. Taufiq memburu Cinderella Khay yang tidak pasti. Bila sudah memandang Hidayah, hati masih berbelah bahagi. Gara-gara Taufiq versus Hidayah, rumah tangga Amylia dan Khairil Azree pula dilanda tsunami.
Taufiq wajib kahwin! Kalau tidak, ada hati yang akan merana.
Hidayah tak mahu kahwin! Sebab hati Taufiq sudah ada simpuhannya.
Kalau itu berterusan, Amylia dan Khairil Azree pula yang akan jadi gila!
Bila hati bersimpuh di ruang yang salah, di mana pula cinta sejati hendak bertamu?
“Err… dia ada jaga dan amalkan gaya hidup sihat tak? Hu…hu…hu… bukan apa, aku takut dia mati cepat. Jadi janda pulak aku nanti, tak sampai sehari kahwin.” - Hidayah
“Okey, kalau dari pengamatan saya, nama Taufiq tu elok maknanya. Tapi bila dah dipakai Encik Taufiq, maknanya jadi terbalik pulak. Dia jadi T untuk teruk, A untuk angkuh, U untuk ungka, F untuk failed, I err... Q.... err... Whatever!” - Khayla
“Khay, awak tak sudi beri saya peluang? Awak tak boleh maafkan saya? Awak betul-betul bencikan saya?” - Taufiq
Specifications of Gps Cinta
- 1 x item
SKU | OE702MEAAEOMYBANMY-30447983 |
ISBN/ISSN | 2147483647 |
Model | Gps Cinta |
Warranty type | No Warranty |
Official delivery unit
Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.
Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns
buku cari kata meningkatkan kreativiti minda / word search book FREE HIGHLIGHTER Malaysia
SKU: 39555
SKU: 39450
SKU: 39449
SKU: 39241
Tag:
Tag: