Kombo Cinta Terbaru Malaysia

Kombo Cinta Terbaru Malaysia

Category: Local Romance
Status: In stock
RM 75.00
Payment on delivery
Van chuyen don gianSimple shipping
San pham chat luong High quality products
Ban hang toan quoc Nationwide sales
Thanh toan khi nhan hang Simple shipping

Product details of Kombo Cinta Terbaru

3 NOVEL UNTUK 1 HARGA (Lebih Jimat)

TERUS MENCINTAIMU - Eliza AB

Hanif Qairin menyimpan perasaan dendam dan benci terhadap Ery. Gadis tomboy itu telah menyebabkan dia digantung sekolah serta penyebab kepada kemalangan Haidar Qairen, abangnya sehingga lumpuh. Wajah Ery tidak pernah pudar dari ingatannya. 10 tahun cukup menyeksakan buat Haidar Qairen. Gadis yang telah membuatnya jatuh cinta pergi tanpa khabar berita. Pencariannya hampir sia-sia sehinggalah kehadiran Iris Eryna telah mengubah segala-galanya. Wajah gadis itu seiras dengan gadis yang dicarinya selama ini. Bagi Hanif Qairin, pertemuannya dengan Iris Eryna merupakan titik permulaan permusuhan mereka. Setiap kali bertembung, pasti ada pertengkaran yang berlaku di antara mereka berdua. Malah, perasaan benci Hanif Qairin meruap tatkala bertemu dengan Iris Eryna. Iris Eryna akur pada ketentuan Allah. Identiti yang cuba disembunyikan akhirnya terbongkar. Kebenaran atas apa yang terjadi dahulu membuatkan dia berasa kecewa. Lelaki yang dicintainya selama ini adalah penyebab kepada semua yang terjadi. Masih adakah sinar kebahagiaan buat Iris Eryna? Masih adakah lagi perasaan benci dan dendam di hati Hanif Qairin setelah semuanya terbongkar? Adakah cinta Haidar Qairen terhadap gadis yang dicarinya itu berbalas?

BULAN CINTA - Mimie Afinie

Pertama kali bertemu, Rania sudah jatuh hati dengan Razlan. Keakraban Razlan dan ayah selepas itu membuatkan Rania percaya, lelaki itu turut menyukai dia. Tapi malangnya, dia tersilap tafsir, dia salah menduga. "Dari awal saya tau, awak tu sebenarnya suka saya. Sebab itulah awak sengaja berbaik dengan ayah saya kan?" - RANIA "Saya berbaik dengan ayah awak sebab ayah awak sendiri, tak ada kena mengena dengan awak pun. Saya kalau nak cari pasangan, saya tak cari yang macam awaklah."- RAZLAN Ya Allah, pedihnya hati. Teruk sangatkah dia, hina sangatkah dia sampai Razlan tergamak menyebut begitu? Okey, dia boleh terima bila Razlan tolak cinta dia, tapi bila Razlan tolak 'lamaran' ayah, dia sangat berkecil hati. Boleh dia bayangkan hati ayah yang kecewa dan terluka. Rizman, lelaki yang ada segala-galanya. Tapi dalam ramai-ramai gadis, dia yang tidak punya apa-apa ini juga yang Rizman nampak. Dia juga yang Rizman hendak. Sungguh, dia terharu. "Saya nak minta izin pak cik untuk mengambil Rara sebagai isteri saya. Saya sayang Rara dan saya benar-benar ikhlas."- RIZMAN Hanya ada dua jawapan untuk lamaran Rizman itu, sama ada sudi atau tidak. Sangat mudah. Tetapi kenapa Rania rasa sukar untuk menjawabnya? Ketika hati mahu menerima, kenapa perlu ada rasa serba salah?  Sedangkan pantai lagi berubah, ini pula hati manusia. Itulah yang terjadi kepada Razlan. Hatinya tiba-tiba terusik. Tiba-tiba pandai merindu. Siapa sangka kan? Tapi walau didesak beribu kali, dia takkan sekali mengaku. Biarlah dia mencinta dalam diam, biarlah dia menyimpan rasa itu sendirian. Lalu bagaimana kesudahan kisah Rania, Razlan, Rizman? Siapakah Bulan Cinta Rania? Siapakah yang bakal menerangi hidup gadis itu? Razlan atau Rizman?

OH! MY HUBBY... MR DENTIST - Bunga Amani

Mawar mula merasai ada yang tidak kena dengan sikap kekasihnya Danial.Saban hari sikap Danial mulai dingin dan kerap melupakannya.Namun bukan mudah bagi Mawar untuk menyimpan syak terhadap lelaki itu kerana usia percintaan mereka yang sudah sekian lama.Segala kesetiaan dan kepercayaan tersemat kukuh dihati Mawar buat Danial.     Hinggalah saat Mawar menemui sebiji kek indah tertulis 'Awin' di atasnya.Hati Mawar mula penasaran dan berkocak.Sah! Danial menipunya selama ini.Memang ada yang tidak kena! Awin kekasih Danial yang baru? Biar sukar hendak percaya tetapi itulah kenyataannya.Biar pedih dan rasa dikhianati,Mawar rela undur diri.Bukan prinsipnya untuk merebut seorang lelaki.     Biarpun Danial sedaya upaya menidakkan kenyataan itu.Mawar sudah tawar hati.Dia tambah pula Awin sendiri datang memperkenalkan diri.Makin hancur lumat perasaan Mawar.     Suatu hari,Mawar mendapat khabar bahawa dirinya sudah ditunangkan dengan seorang lelaki.Tidak marah dengan khabar itu, malah Mawar sendiri merasakan itulah khbar terbaik tika dia rimas dengan gangguan Danial.     Megat Mizwar,doktor muda yang tenang dan pendiam.Tidak romantik tapi cemburunya dalam diam-diam.Dia menerima Mawar sebagai isterinya,sebagai bidadari siang dan malamnya.Dia tahu bila lafaz sakinah sudah disahkan, maka Mawar adalah tanggungjawabnya.Biarpun lambat namun dia akan berusaha mencintai Mawar.Cuma...     Cuma....bukan mudah bagi Mawar dan Megat Mizwar hendak mengapai bahagia.Saat mereka merasakan pernikahan itulah penutup kepada masalah hubungan terdahulu.Satu demi satu ujian menimpa pasangan itu.Ketika cinta mereka mulai membara pelbagai dugaan datang tak disangka.Apakah Mawar mampu mempertahankan mahligainya daripada digoncang tangan-tangan yang punya hasad terhadapnya? Adakah benar Megat Mizwar mencintai Mawar sedangkan hatinya tidak mempercayai isterinya itu?

Specifications of Kombo Cinta Terbaru

What's in the box:
  • 1 x Novel
  • 1 x Bookmark
General Features:
SKU KA437MEAB45EDWANMY-87156095
ISBN/ISSN 2147483647
Language Bahasa Malaysia
Model Kombo Cinta
Publisher KarnaDya Publishing
Warranty type No Warranty
Year 2017
Questions About This Product
Please Login or Register to ask question to the seller.
Login or Register to ask the seller now and answer will posted here.
My Questions
Questions and answers from KarnaDya Publishing
Answers from other sellers


Official delivery unit


Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.

Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns

Evaluate
Average rating
0
0 nhận xét
5 star
14 Very pleased
4 star
9 Satisfied
3 star
5 Normal
2 star
0 Below average
1 star
0 Disappointed

Tag:

Tag:
*

Back to top