




Product details of KUPILIH UNTUK SETIA
“Kau kena jadi orang gaji sepupu aku.” - Tengku
Syakila
Kerana satu pertaruhan, hidup Dania jadi tunggang-langgang. Sebagai
seorang anak perempuan yang manja dan ‘buta’ perihal rumah tangga,
pertaruhan tersebut ibarat sengaja menjerut nyawa. Namun, demi
menjaga nama baik seorang sahabat, Dania tiada pilihan, syarat
Tengku Syakila akhirnya diturutkan. Tetapi mampukah Dania bertahan
apabila ‘majikan’ sementara yang digelarkan ‘orang tua’ itu
cerewetnya mengalahkan perempuan!
"Sorry Ku Ariff, saya lewat sikit." ~ Dania
"Lewat sikit ke?" ~ Ku Ariff
"45 minit. Saya tak tahulah sikit ke banyak sebab saya kerja 8 jam
sehari. Kalau dikira tambah, tolak, darab dan bahagi masih sikit
lagi tu." ~Dania
“Kalau awak nak kerja tolonglah serius sikit, jangan nak buat
sesuka hati awak aje. Hormat sikit saya ni sebagai majikan awak.
Apa yang saya tegur tu tak payahlah awak nak menjawab balik. ” ~Ku
Ariff
Bagi Tengku Ariff Khalis, kehadiran pembantu rumah baharunya itu
selalu membuatnya sakit hati. Sebaris nota yang ditinggalkan, pasti
dibalas dengan berbaris-baris jawapan. Tetapi disebabkan satu
insiden yang tidak disengajakan, pintu hatinya yang telah lama
terkunci tiba-tiba dijengah oleh satu perasaan, sehingga dia nanar
apabila pembantu yang mula bertakhta di hati hilang tanpa dapat
dikesan.
Pertemuan semula yang tidak diduga, membuatkan perasaan yang lama
disimpan berbunga kembali. Berbagai cara dilakukan oleh Ku Ariff
untuk mengambil hati gadis yang telah lama bertakhta di hatinya
itu. Tetapi mampukah hati Dania dimiliki apabila status ‘tuanya’
yang sering Dania pertikaikan?
"Aku tahu Irah tapi Ku Ariff tu enam belas tahun tua dari aku.
Kalau kami ada anak dan keluar sama-sama, mesti orang ingat bapak
bawa anak dan cucu jalan-jalan. Ish! Tak mahulah aku. Ngeri aje
bila fikir." ~ Dania
“Nia, perbezaan tu bukan masalah besar bagi saya. Saya boleh cuba
untuk ikut cara Nia asalkan ianya tidak bertentangan dengan agama.
Saya juga tidak akan menghalang Nia untuk terus menikmati masa muda
Nia asalkan Nia tahu batas-batasnya.” ~ Ku Ariff
Benarlah, ketulusan dan keikhlasan hati itu melebihi segalanya dan
kerana sikap Ku Ariff yang begitulah, akhirnya lamaran lelaki itu
diterima.
Dan benar jugalah, kuasa Allah melangkaui segala yang ada di langit
dan di bumi. Lalu, ikhlaskah Dania menerima ketentuanNya apabila
bahagia yang baru dirasainya direnggut sekelip mata?
Specifications of KUPILIH UNTUK SETIA
- 1 x item
SKU | OE702MEAAEOMRRANMY-30447597 |
ISBN/ISSN | 2147483647 |
Model | KUPILIH UNTUK SETIA |
Warranty type | No Warranty |
Official delivery unit
Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.
Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns
buku cari kata meningkatkan kreativiti minda / word search book FREE HIGHLIGHTER Malaysia
SKU: 39555
SKU: 39450
SKU: 39449
SKU: 39241
Tag:
Tag: