




Product details of Seseorang Untuk Aku
Sebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang
terbaik. Lailatul punya rencana sendiri tentang hidupnya. Tentang
cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari
nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melihat Lizahani,
adiknya berjaya dan bahagia setelah ayah ibunya tiada. Namun,
kecekalan dia diduga lagi. Ditangkap berdua-duaan dengan seorang
lelaki asing bernama Muhamad Al-Qadr, membuatkan dia hilang
punca.
“Aku memang tak ada sesiapa dalam dunia ni selain kau.” -
Lailatul
“Itu tak ada kaitan dengan aku.” - Qadr
Demi rasa tanggungjawab, Qadr hulurkan tangan kepada Lailatul agar
mereka sama-sama menyusuri semua cabaran biarpun tanpa cinta dalam
hati. Pada Qadr, semua itu boleh dipupuk.
“Haaa... Lagi satu nak sedekah dekat orang ni, biarlah sesuatu yang
kita sayang. Biar orang yang tak mampu tu sama-sama merasa
nikmatnya.” - Lailatul
“Aku paling sayang diri sendiri. Aku hadiahkan diri aku kepada kau,
boleh?” - Qadr
Jodoh mereka mudah tapi mencari bahagia sedikit sukar tatkala si
mentua memandang sinis kepada budak kampung seperti dia. Lailatul
teguh apabila Qadr menjadi tunjangnya. Tapi, tabahnya goyah dan
mula runtuh apabila maksud pernikahan mereka terbongkar. Ditambah
dengan berita tentang kasih sayang dan pengorbanan yang telah lama
dikhianati demi seorang lelaki bernama Zarulhakimi. Kerana dia
manusia biasa, yang tahu menangis apabila sedih. Yang tahu sakit
apabila dilukai.
“Lai rasa abang bahagia ke? Lai rasa abang akan ikut ke permintaan
Lai yang merepek tu? Atau Lai rasa Lai dah malas nak layan zahir
batin abang?” - Qadr
“Agaknya, Lai ni memang senang untuk diperbodohkan. Sebab tu abang,
Zarul dan Liza boleh bodohkan Lai macam ni sekali.” -
Lailatul
“Abang tak pernah perbodohkan, Lai. Abang memang sayang…” -
Qadr
Kerana Tuhan menciptakan pasangan bersama kekuatan dan kelemahan
masing-masing, Qadr tenang berpaksikan kepercayaan. Dia tak pernah
kesah bagaimana mereka dipertemukan tetapi bagaimana harus mereka
cipta bahagia. Sebagai seorang juruterbang jet pejuang, Qadr sedar
pentas perjuangan yang lebih hakiki adalah memperjuangkan kasih
mereka hingga ke syurga. Mampukah dia?
Specifications of Seseorang Untuk Aku
- 1 x item
SKU | OE702MEAAEOMZ1ANMY-30448089 |
ISBN/ISSN | 2147483647 |
Model | Seseorang Untuk Aku |
Warranty type | No Warranty |
Official delivery unit
Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.
Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns
buku cari kata meningkatkan kreativiti minda / word search book FREE HIGHLIGHTER Malaysia
SKU: 39555
SKU: 39450
SKU: 39449
SKU: 39241
Tag:
Tag: