Search
Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya [Dari karya dan kajian Asy-Syaikh Al-Albani] Malaysia

Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya [Dari karya dan kajian Asy-Syaikh Al-Albani] Malaysia

Status: In stock
RM 26.00
Payment on delivery
Van chuyen don gianSimple shipping
San pham chat luong High quality products
Ban hang toan quoc Nationwide sales
Thanh toan khi nhan hang Simple shipping

  • Karya masyhur mencetus fenomena.
  • Dari karya terkenal Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah.
  • Mengetengahkan methodologi ilmiyah kembali kepada wahyu.
  • Berteraskan manhaj 4 imam mazhab dan disiplin ilmu hadis.
  • Penjelasan ilmiyah dan terlengkap tata cara solat,dari takbir hingga salam.
  • Memahami tata cara solat dari sumber yang asal.
  • Terjemahan lengkap, 404m/s., soft cover.

Alhamdulillah, kitab penuh fenomena dan sangat terkenal ini, yakni buku Sifat Shalat Nabi karya Syaikh Al-Albaniyang judul aslinya, “Shifatu Shalaatin-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa” adalah termasuk buku yang mendapat sambutan hebat dalam pasaran antarabangsa mahupun dalam negara. Ia termasuk buku yang menjadi fenomena besar. Edisi terjemahannya pun telah mencecah belasan terbitan di peringkat Nusantara ini dan telah mendapat ulang cetak yang banyak, bahkan sehingga lebih 50kali ulang-cetak bagi salah satu edisi terjemahan/terbitan terawalnya yang terdahulu.Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-001.jpg

 

Kenapa memilih buku ini?

 

Buku ini merupakan terjemahan kitab “Shifatu Shalaati an-Nabiyyi shallatu ‘Alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa”, karya/susunan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah yang telah beliau semak/revisi, iaitu merupakan edisi terakhir semakan oleh beliau dan telah diringkaskan (oleh Syaikh Al-Albani sendiri) bagi memudahkan kefahaman para penuntut ilmu pemula tanpa meluputkan sisi ilmiyah dan keasliannya (berbanding edisi awal setebal 3 jilid lengkap).

 

Buku ini memaparkan hadis-hadis sahih berkaitan tata cara solat Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, diikuti fiqh (kefahaman hadis-hadis) dari kitab-kitab muktabar 4 mazhab. Ia dihimpunkan dan dibukukan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah diikuti tahqiq dan rincian kesimpulan oleh beliau.

 

Keistimewaan buku ini tidak hanya pada seruannya untuk merealisasikan hadis sahih:

 

“Solatlah sebagaimana kalian melihat aku (Nabi) solat.”...

 

tetapi juga terletak pada kekuatan muqaddimahnya yang menyeru untuk menghidupkan dan mendahulukan sunnah-sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam seluruhnya dengan sedaya-upaya.

 

Boleh dikatakan bahawa buku ini amat penting dan perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Ia mengutarakan sebuah perbahasan ilmiyah lagi membuka mata. Olahannya yang baik dan jelas digarap berpandukan dalil-dalil yang sahih dari Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia merupakan sebuah buku yang amat kukuh perbahasan dan methodologi pembentangannya. Setiap dalil-dalil hadisnya dijelaskan status kesahihannya secara ilmiyah (berpandukan methodologi ahli hadis) sehingga kita berasa yakin untuk mengamalkannya tanpa ragu-ragu. Di samping itu, kita juga akan dapat menuai banyak sekali faedah hadis dan ilmunya yang menyulami setiap perbahasan saat menelitinya.Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-010.jpg

 

Apa yang lebih menarik, Syaikh Al-Albani memulakan bukunya ini dengan muqaddimah sepanjang hampir lebih 99 muka surat (merujuk kepada edisi terjemahan ini). Dalam muqaddimah tersebut beliau menjelaskan sekitar persoalan manhaj dan prinsip-prinsip beragama yang sangat penting. Beliau membawakan hadis-hadis nabi berserta fatwa-fatwa para imam mazhab yang empat agar kita tidak taksub dengan mana-mana tokoh agama. Sebaliknya tetap istiqamah di atas hujah-hujah agama yang jelas dengan berkomitmen di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah yang difahami dengan prinsip-prinsip ahlus sunnah wal-jama’ah.

 

Di antaranya beliau memetik dan mengulas perkataan Imam asy-Syafi'i rahimahullah (Wafat: 204H) yang bermaksud:

 

“Tidak ada seorang pun melainkan ia wajib bermazhab dengan sunnah Rasulullah dan mengikutinya. Apa jua yang aku ucapkan atau tetapkan tentang sesuatu perkara (ushul), sedangkan ucapanku itu bertentangan dengan sunnah Rasulullah, maka yang diambil adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan demikianlah ucapanku (dengan mengikuti sabda Rasulullah).” (Disebutkan oleh Ibnul Qayyim dalam I’lam al-Muwaqq’in, 2/286)

 

Penjelasan dalam bab ini sekaligus membuka mata dan fikiran kita, “Sejauh manakah solat yang kita praktikkan pada hari ini menepati tatacara sifat solat Nabi dan para sahabatnya?” Adakah yang kita amalkan selama ini benar-benar menepati sunnah Rasulullah? Apa dalil dan landasannya? Kenapa adakalanya solat aku berbeza dengan tatacara solat orang yang lain? Ada yang begitu, dan ada yang tidak begini? Maka, buku ini bakal membantu anda merungkai persoalan tersebut secara tuntas dan ilmiyah, insyaAllah.

 

Selain itu, pada muqaddimah tersebut, beliau turut menjelaskan tentang adab-adab dan prinsip-prinsip yang harus dipegang dalam menghadapi kepelbagaian pandangan ulama yang saling berbeza pendapat. Turut dimuatkan oleh beliau adalah jawaban-jawaban ilmiyah sekitar isu-isu manhaj, syubhat-syubhatnya, dan kaedah menyikapinya.

 

Setelah itu barulah beliau memulakan kitabnya ini dengan bab perbahasan-perbahasan tatacara solat yang dilandasi dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur’an dan al-hadis. Bukan sekadar ikut-ikutan dari tokoh si fulan, ulama si fulan, guru si fulan, atau cikgu si fulan semata-mata. Tetapi setiap apa yang diikut perlulah berdasarkan dalil-dalil yang jelas walau siapapun yang berkata.

 

Perbahasan yang beliau bentangkan bermula dari sekitar bab berdiri menghadap Kiblat, solat di atas perahu/kenderaan, solat orang yang sakit/udzur, solat dengan berkasut, kewajiban solat menghadap sutrah, kewajiban berniat, dan kemudian diteruskan dengan perbahasan gerakan/tatacara solat seperti tatacara takbir yang sahih, cara meletakkan tangan ketika berdiri, kaedah bersedekap yang betul, doa-doa istiftah yang sahih dari nabi, hukum membaca al-fatihah, diikuti dengan setiap tatacara-tatacara seterusnya sehinggalah salam. Setiap tatacara ini tidak dibahaskan secara kosong dan sambil lewa, tetapi dibentangkan dengan penuh nilai-nilai ilmu di mana setiap tatacara memiliki dalil-dalilnya yang jelas.

 

Semoga bermanfaat.

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-003.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-003.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-005.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-005.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-006.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-007.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-008.jpg

Sifat-Shalat-Nabi-oleh-Al-Albani-DH-009.jpg

Specifications of Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya [Dari karya dan kajian Asy-Syaikh Al-Albani]

  • Brand
    Buku agama Islam
  • SKU
    363623705_MY-517716572
  • Publisher
    Darul Haq
  • Warranty Type
    No Warranty
  • isbn_issn
    9789791254755
  • Language
    Malay,Indonesian,Arabic
  • Model
    Perbahasan Solat
What’s in the box
1 nakshah x buku Sifat Shalat Nabi, Seakan-akan Anda Menyaksikannya [Dari karya dan kajian Asy-Syaikh Al-Albani]


Official delivery unit


Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.

Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns

Evaluate
Average rating
0
0 nhận xét
5 star
17 Very pleased
4 star
12 Satisfied
3 star
3 Normal
2 star
0 Below average
1 star
0 Disappointed
Manusia Dan Islam Malaysia

Manusia Dan Islam Malaysia

SKU: 38268

RM 69.00

Tag:

Tag:

Back to top