




Product details of TOLONG JADI PENGANTIN SAYA
Amar Tafhim dan Mayamin Nur, Kali pertama bersua muka mereka sudah
bertekak. Mana tidaknya, kedua-duanya mempunyai tingkah yang
berbeza. Kerana dipaksa, mereka berkenalan juga walau masing-masing
tiada hati mahu duduk semeja.
“Kenapa? Dah nama pun nak berkenalan kan, mestilah kena tanya nama,
tempat kerja, tempat tinggal. Awak jugak yang suruh saya tanya
tadi,” tukas Amar mula berangin. Banyak songeh betullah minah murai
ni. Dua jam duduk dengan dia, mulut dia aje yang berpot-pet tak
berhenti-henti. Tak tahu lenguh langsung! Mulut orang ke mulut jin
pun tak tahulah! Suka bercakap sungguh!
“Yalah tapi awak tu, tanyalah soalan-soalan yang mencabar sikit.
Ini soalan macam tu, budak tadika pun boleh tanya!” Mayamin tak
mahu kalah.
Bosan bergaduh setiap kali berjumpa, Amar dan Mayamin akhirnya
sepakat mahu berkawan biasa. Namun lain jadinya bila tiba-tiba
Nadia datang mengganggu hidup bahagia Amar. Demi melarikan diri
daripada gangguan bekas kekasihnya itu, Amar sanggup mengupah
Mayamin untuk menjadi kekasih palsunya.
“Kalau awak tak nak sekalipun, famili kita dah anggap kita couple
sekarang. Sekurang-kurangnya, bila kita berlakon jadi pasangan
kekasih, kita dah selamat daripada tekanan famili kita, bukan? Cuma
untuk kali ni, saya harap sangat awak setuju Maya. Awak cakap aje
berapa harga awak nak asalkan awak sanggup berlakon jadi kekasih
saya.”
“Amboi, siap nak bayar lagi. Apa? Awak ingat saya ni baju kat butik
ke? Boleh disewa bila-bila masa yang awak suka? Saya bukannya mata
duitan macam yang awak fikirlah. Kalau saya nak tolong orang, saya
tolong dengan ikhlas tau!”
Pening kepala mereka bila keluarga pula sudah menyangka, mereka
benar-benar bercinta. Bertambah parah bila mereka ditunangkan tanpa
rela. Aduh... macam mana nak ada cinta kalau seorang begitu,
seorang begini? Sudahnya, Mayamin dan Amar reda. Tapi, mampukah
Nadia yang masih mencintai Amar melihat saja kedua-duanya menganyam
bahagia saat dia sedang menderita? Amar dan Mayamin pula, dapatkah
menerima antara satu sama lain sedangkan mereka seperti langit dan
bumi. Biar berada dalam dunia namun tetap berbeza...
Specifications of TOLONG JADI PENGANTIN SAYA
- 1 x item
SKU | OE702MEAAERZ9OANMY-30646484 |
ISBN/ISSN | 2147483647 |
Model | TOLONG JADI PENGANTIN SAYA |
Warranty type | No Warranty |
Official delivery unit
Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.
Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns
buku cari kata meningkatkan kreativiti minda / word search book FREE HIGHLIGHTER Malaysia
SKU: 39555
SKU: 39450
SKU: 39449
SKU: 39241
Tag:
Tag: