Search
Al Quran Read Pen Digital Syaqira Malaysian Qari 5 Years Warranty Malaysia

Al Quran Read Pen Digital Syaqira Malaysian Qari 5 Years Warranty Malaysia

Status: In stock
RM 350.00
Payment on delivery
Van chuyen don gianSimple shipping
San pham chat luong High quality products
Ban hang toan quoc Nationwide sales
Thanh toan khi nhan hang Simple shipping

Product details of Al Quran Read Pen Digital Syaqira Malaysian Qari 5 Years Warranty

Tidakkah anda risau sekirnya anda termasuk dalam golongan yang gagal membaca Al-Quran dengan sempurna?  ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Kelebihan Membaca Al-Quran Dengan Sempurna ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Al-Quran adalah sebuah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai petunjuk kepada manusia (Fazlur Rahman, 1980). Membaca Al-Quran mnjadi ibadah yang amat dituntut oleh Islam. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:  "Sebaik-baik ibadah umatku ialah membaca Al-Quran".(Riwayat Tirmizi)  Selain itu, AI-Quran juga adalah penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman seperti firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 82 :  "Kami turunkan daripada AI-Quran sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi demikian tiada menambah orang-orang yang zalim melainkan kerugian."  Sesuai Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikekalkan oleh Allah untuk manusia maka sesiapa yang membaca dan mengamalkannya akan mendapat kurniaan yang besar dari Allah semasa dihari akhirat kelak. Sabda Rasulullah S.A.W :  "Dari Muadz al-Juhaini telah berkata, telah bersabda Rasulullah S.A.W.  "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan diamalkan apa yang terkandung di dalamnya, ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya."  Orang-orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan sentiasa diredhai Allah.  Firman Allah dalam surah Al-Isra' ayat 9: "Sesungguhnya Al-Quran ini menunjuk jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang-orang mukmin yang beramal salih bahawa diberi ganjaran yang besar."  Berdasarkan ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa orang yang membaca Al-Quran dengan memahami dan menghayati isi kandung akan beroleh petunjuk dan ini diperlihatkan melalui akhlaknya. Jiwanya bersih, tidak ada perasaan takabbur, riak, dan 'ujub, hatinya sejahtera, tidak ada penyakit hasad, tamak, membenci orang beriman dan sebagainya.

-------------------------------------------------------------------------------- Al-Quran Digital Syaqira Kelebihan dan Keistimewaannya -------------------------------------------------------------------------------- Al-Quran Digital Syaqira adalah Al-Quran Digital yang dihasilkan oleh syarikat berstatus Bumiputera iaitu Syaqira Technologies. Buat pertama kalinya, Al-Quran Digital Syaqira adalah satu-satunya Al-Quran Digital yang dihasil dan dikilangkan 100% di Malaysia. Tidak seperti produk Al-Quran Digital lain yang berada di pasaran, Al-Quran Digital Syaqira adalah satu-satunya Al-Quran Digital yang menggunakan suara bacaan Qari tempatan.  Berikut adalah antara kelebihan dan keistimewaan lain Al-Quran Digital Syaqira ini: √ Sangat Mudah Digunakan Al-Quran Digital Syaqira sangat mudah digunakan. Tidak kira apa peringkat umur sekalipun, pasti tidak menjadi masalah. "Pin Pintar" sangat mesra pengguna. Butangnya tidak terlalu banyak dan tidak terlalu banyak tetapan yang diperlukan. Hanya semudah A, B, C. Tekan dan terus boleh digunakan. √ Proses Pembelajaran Yang Lebih Interaktif Tidak seperti proses pembelajaran bacaan Al-Quran yang konvensional, Al-Quran Digital Syaqira memberikan suasana pembelajaran lebih mudah dan seronok. Dengan menggunakan teknologi "Pen Pintar", anda hanya perlu tunjukkan pada mana-mana ayat yang ingin di baca, "Pen Pintar" tersebut akan membacakan untuk anda. Anda hanya perlu dengan dan semak bacaan anda berpandukan suara bacaan oleh Qari tempatan yang keluar dari speaker berkualiti tinggi di "Pen Pintar" tersebut. Dengan cara ini, bukan sahaja orang dewasa, malah kanak-kanak juga suka untuk mempelajari Al-Quran. Mereka pasti tidak sabar untuk menunggu sesi pembelajaran bacaan Al-Quran setiap hari. √ Menjimatkan Masa Dan Kos Cara hidup zaman sekarang menghadkan masa kebanyakkn orang. Masing-masing sibuk dengan kehidupan harian sehinggalah tidak sempat untuk mengikuti kelas bacaan Al-Quran. Dengan bantuan "Pen Pintar", ia seakan guru anda untuk mempelajari bacaan Al-Quran. Kini anda tidak perlu tergesa-gesa untuk menghantar anak anda ke kelas bacaan Al-Quran kerana set lengkap Al-Quran Digital Syaqira mampu membantu proses pembelajaran bacaan Al-Quran dari peringkat asas terutamanya bagi mereka yang tidak pernah dan tidak tahu membaca Al-Quran untuk mempelajari dan memperbaiki bacaan Al-Quran hanya dari rumah. √ Fungsi Kawalan Kelajuan Bacaan

Fungsi ini membantu agar anda dapat mengikut bacaan Qari dengan lebih jelas dan teratur. Anda boleh mengawal kelajuan bacaan Qari dengan hanya menekan butang yang terdapat di pen pintar.

 
√ Bacaan oleh Qari Tempatan
Bacaan dari Qari tempatan sangatlah membantu bagi mereka yang baru atau sudah pandai membaca kerana bacaan dan sebutan nahunya lebih jelas. Anda pasti tidak perlu mengulang beberapa kali bacaan untuk mendengar dengan jelas kerana bacaannya memang sudah cukup jelas dan sesuai dengan bacaan dan sebutan orang Malaysia.
 
√ Fungsi Terjemahan
Ya! "Pen Pintar" mampu untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran kepada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Fungsi ini sangatlah membantu untuk mereka yang ingin mendalami dan memahami Al-Quran dengan lebih jelas. Bahasa yang diguna pakai sangat mudah difahami.
 
√ Tidak Perlu Mengantikan Bateri
Anda tidak perlu membazir untuk mengantikan bateri "Pen Pintar" kerana ia didatangkan dengan bateri pasang siap (build in). Anda hanya perlu caj semula bateri dengan menggunakan wayar pengecas yang diberikan.
 
√ Mendapat Kelulusan Dari Panel Syariah, KDN
Al-Quran Digital Syaqira telah mendapat kelulusan dari Panel Syariah, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia dengan No Rujukan KDN;PQ/Q.1001/1.2/QA/370/4/2012. 
Oleh itu, anda tidak perlu risau tentang tulisan-tulisan dan bacaan yang 
terdapat di dalam set ini.
 
√ Pakej Paling Lengkap Untuk Semua Lapisan Umur
Al-Quran Digital Syaqira di hasilkan bagi memenuhi keperluan ibadah harian seorang muslim. Ini kerana, selain membantu dalam proses pembelajaran Al-Quran, set ini juga memberikan lebih pilihan untuk menambahkan ilmu bagi yang membantu menyempurkan ibadah harian kita. Selain sebuah Kitab Al-Quran, anda juga diberiakn 4 buah buah percuma iaitu Buku Pelajaran Tajwid, Buku Doa Harian dan Zikir Rasulullah, Buku Doa Munajat Orang-Orang Mukmin dan Buku Iqra Lengkap Jilid 1-6. Kesemua buku-buku ini sangat membantu dalam ibadah harian kita dan yang menariknya, kesemua buku ini boleh dibaca dengan menggunakan "Pen Pintar".

FUNGSI BAGI SETIAP ITEM

1. Pen Digital Syaqira

Pen Digital Syaqira adalah sebagai alat bantu belajar yang direka khas untuk belajar Al-Quran bagi menepati proses pembelajaran yang betul dan berkesan. Ia sebagai medium audio melalui sentuhan kepada kertas yang telah di digitalkan bagi memudahkan proses seperti pengulangan , latih tubi dan rujukkan.

Hanya perlu sentuh kepada tempat yang hendak kita belajar atau rujuk tidak perlu rewind. Sangat pantas, mudah dan berkesan.

2. Buku IQRA Jilid 1-6 Versi Audio

Buku IQRA ini mengandungi Pelajaran Jilid 1-6 yang digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk kelas Al-Quran dan FarduAin (KAFA). Buku ini menyediakan kaedah yang mudah dan berkesan untuk pelajaran asas mengenal huruf Al-Quran sehingga mempelajari asas tajwid yang membolehkan seseorang mula membaca Al-Quran.

Nilai Tambah hebat  buku ini ialah boleh dibaca dengan Alat Bantu Pen Digital yang ada di dalam Pakej Lengkap Belajar Al-Quran PLBQ. Bacaan Audio ini diperdengarkan oleh Adik Zaid Najmuddin Finalist Racangan Adik Ku. Kini Belajar Al-Quran menjadi sangat mudah.

3. Buku Tajwid Versi Audio

Buku Tajwid ini mengandungi kandungan pelajaran tajwid yang lengkap berserta penerangan setiap hukum-hukum tajwid dan contoh-contoh yang telah dilengkapi dengan Audio bacaannya bagi memudahkan pemahaman serta praktis bacaan secara serentak.

Bacaan contoh-contoh ayat Al-Quran ini dibaca oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman Qari Indikator Halaqah yang merupakan Qari di dalam pakej ini.

Kini Guru Tajwid Al-Quran sentiasa bersama anda

4. Mushaf Al-Quran Rasm ‘Uthmani Versi Audio

Mushaf Al-Quran ini mempunyai ciri pelbagai pilihan yang sangat istemewa dengan Pen Digital Syaqira iaitu:

  • memilih  membaca ayat Al-Quran  mengikut nombor ayat
  • memilih membaca ayat Al-Quran mengikut tanda Waqaf
  • memilih membaca ayat Al-Quran mengikut muka surat
  • memilih membaca ayat Al-Quran mengikut kepala surah
  • memilih  membaca terjemahan  mengikut nombor ayat
  • memilih membaca terjemahan mengikut muka surat
  • memilih membaca terjemahan mengikut kepala surah

In Sha Allah, ini sangat memberi kemudahan kepada semua pengguna yang baru memulakan belajar Al-Quran setelah mempelajari peringkat asas melalui Buku IQRA Versi Audio dan juga kepada mereka yang sudah boleh membaca untuk memperbaiki bacaan samada dari segi tajwid dan kelancaran juga dapat memahami ayat yang dibaca bagi mempartikkan dalam kehidupan.

5. Bacaan 30 Juzuk Oleh Qari Malaysia

Pakej Lengkap belajar Al-Quran PLBQ ini dilengkapi dengan bacaan 2 Qari  Finalist Akademi Al-Quran AQ3 iaitu Ustaz Fakhrul Radzi Kamaruddin dan  Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman.Ini bertujuan dijadikan rujukkan dari  segi sebutan yang jelas dan bacaan bertajwid di rantau kepulauan Melayu.Kedua-dua bacaan Qari ini telah mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN.

6. Buku Doa Versi Audio

Doa adalah adalah jantung ibadah, kami menyediakan dua buku doa sebagai value added di dalam proses membaca Al-Quran. 2 buku doa  tersebut iaitu:

  • Doa dan Zikir Harian Rasulullah
  • Doa Munajat orang-orang Mukmin

Eratkan hubungan kita dgn Allah dengan memperbanyakkan doa dan zikir mengikut yang dicontohkan oleh Rasulullah.

7. Kad Index Surah

Index surah mengandungi ciri yang memudahkan membaca melalui Pen Digital Syaqira tanpa mushaf. Hanya sentuh kepada surah yang hendak dibaca ayat Al-Quran atau terjemahannya.

8. Kelulusan KDN

Kelulusan Mushaf Al-Quran

Kelulusan Bacaan Ustaz Fakhrul Radzi Kamaruddin

9. 5 Tahun Jaminan dan Sokongan, In Sha Allah

Satu-satunya Pen Digital yang menawarkan 5 Tahun Jaminan, In Sha Allah.

Specifications of Al Quran Read Pen Digital Syaqira Malaysian Qari 5 Years Warranty

What's in the box:
  • 1 x Al Quran Read Pen Digital Syaqira Malaysian Qari 5 Years Warranty
General Features:
SKU TO054MEAA9CLD7ANMY-19916224
Edition 10
ISBN/ISSN 2147483647
Language English|Malay
Model AL-QURAN DIGITAL SYAQIRA
Publisher SYAQIRA TECHNOLOGIES SDN BHD
Warranty period 5 Years
Warranty type Local (Malaysia) Manufacturer Warranty
Year 2016
Questions About This Product
Please Login or Register to ask question to the seller.
Login or Register to ask the seller now and answer will posted here.
My Questions
Questions and answers from TOKO AR-RAYYAN
Answers from other sellers


Official delivery unit


Understanding the importance of safe and secure shopping, we provide our customers with a broad range of secure payment options including cash-on-delivery, where you pay in cash only when you receive your package. Be assured of product quality and authenticity: All purchases on Website are guaranteed to be genuine products, new, not defective or damaged. If it is, simply return it within 14 days for a full refund under our Buyer Protection Program.

Delivered by Malaysia Post - Nationwide Sales - Payment Upon Delivery - Free Returns

Evaluate
Average rating
0
0 nhận xét
5 star
21 Very pleased
4 star
6 Satisfied
3 star
2 Normal
2 star
0 Below average
1 star
0 Disappointed

Tag:

Tag:

Back to top